Selain daripada kegunaan biasa iaitu untuk mendapatkan tafsiran bentuk permukaan bumi yang tidak teratur bagi sesuatu kawasan tanah yang ditunjukkan di atas peta dengan menafsir garis-garis kontur, kegunaan-kegunaannya yang lain adalah:
|
|||
|
|||
Muka keratan dapat dilukis di sepanjang sebarang garisan keratan yang ditunjukkan di dalam pelan. Jarak-jarak ufuk ditandakan di sepanjang garisan datum. Selepas itu, setiap ketinggian kontur yang berkenaan ditentukan mengikut skala di sepanjang ordinat atau garisan pugak yang dilukiskan pada titik tadi.
|
|||
|
|||
Keadaan salingnampak bermakna dapat dilihat dengan jelas secara langsung di antara 2 titik, dan ianya boleh ditentukan dengan dilukiskan suatu muka. Stesen-stesen akan ditandakan di atas pelan dan muka keratan dilukiskan di sepanjang garisan keratan dengan tujuan untuk memastikan keadaan salingnampak. Apabila merancang stesen-stesen untuk ukur meja dan sebagainya, stesen-stesen ini mestilah salingnampak. Penentuan salingnampak juga boleh dilakukan dengan ditentuantara pada sepanjang garisan yang telah diuji ketinggian di sepanjang suatu kecerunan yang sekata. Perbandingan ketinggian-ketinggian ini dengan ketinggian kontur akan menunjukkan samada berlakunya atau tidak suatu garisan pandangan bersilang dengan permukaan bumi. Sila rujuk Rajah 1 di bawah. |
|||
|
|||
|
|||
|
|||
Sesuatu garisan di atas permukaan bumi yang berada pada suatu kecerunan atau sudut cerun yang sekata terhadap keadaan yang mendatar dikenali sebagai kecerunan kontur. Oleh kerana kecerunan adalah sekata untuk sesuatu sela kontur, maka jarak ufuk di antara kontur-kontur yang tertentu dapat dihitung. Contohnya:
Rajah 3
|